Siapa Aku

Anak sulung hasil perkongsian hidup Tn. Hj. Alrazi bin Ab. Hamid dan Pn. Hjh. Badariah bt. Md. Khalid ini telah dilahirkan di Kuala Lumpur pada 3 Februari 1977. Memiliki 4 orang adik beradik iaitu Bakhtiar, Bukhari, Atiqah dan Azfar. Mendapat pendidikan awal di Tabika Kemas Kg. Merdeka, Batu Pahat. Bersekolah rendah di beberapa buah sekolah iaitu SK Ayer Hitam (1984-86), SK Pengkalan Rinting (1987)dan SK Bandar Baru Uda (1988-1989). Seterusnya bersekolah di SMAKJ Kluang (1990-94) dan Maahad Johor (1995). Menyambung pelajaran ke University Of Jordan, Amman (1995-99) dalam pengkhususan pengajian Bahasa Arab dan Kesusasteraannya seterusnya ke peringkat sarjana  di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai (2012-2014) dalam pengkhususan Kurikulum dan Pengajaran. Pernah berkhidmat di SMK Tun Aminah, B. Pahat (2001-2011) dan SMK Dato Seth, B. Pahat (2014). Sekarang bertugas di SMK Suria Perdana, B. Pahat. Isteri yang dicintai bernama Omelia binti Ormawi. Dikurniakan 4 orang cahayamata iaitu Aiman Naimah, Ahmad Rifqi, Amjad Dini dan Akhtar Abidin.